Monday, 12 December 2011

Majusi Dermawan, Keluarga dan Jirannya Memeluk Islam

Abu Hafs An-Naisaburi ingin berkongsi cerita tentang islamnya seorang lelaki dermawan Majusi yang   menyebabkan keluarga dan jiran terdekatnya juga memeluk agama islam.Pada suatu hari, Abu Hafs berkata kepada sahabat-sahabatnya,"Mari kita pergi bertemasya!"
           Sahabatnya semua bersetuju.Mereka mulakan perjalanan. Dalam perjalanan,mereka terjumpa sebatang pohon Kumisra yang buahnya sedang masak ranum.Abu Hafs memandang buah itu.
           Tiba-tiba,pemilik pohon itu keluar dan berkata,"Wahai pemimpin yang terbilang,sudikah kamu ziarah rumah pemimpin yang jahat ini?"
           Abu Hafs bersetuju menerina ajakan lelaki itu.Dia dan rakan-rakannya masuk ke rumah orang Majusi itu.Ketika semua sedang rehat-rehat,datang Majusi itu berserta uncang yang dipenuhi wang."Aku tahu kamu mahu ke temasya,oleh itu pasti kamu semua perlukan wang yang banyak.Jadi,aku yakin kamu pasti perlukan wang inibuat membeli makanan.pilih seorang daripada kamu ke pasar borong bagi membeli makanan",kata lelaki majusi itu.
            Abu Hafs bangkit menawarkan diri.Melihat keadaan itu,lelaki Majusi itu berkata,"Kamu tidak pergi ke pasar seorangan diri kecuali bersama dengan aku,wahai pemimpin unggul".
           Akhirnya lelaki majusi itu masuk islam.Seluruh ahli keluarganya juga memeluk islam.Jiran tetagga yang terdekat juga turut sama terkesan dengan agama islam yang benar.
       

No comments:

Post a Comment