Sunday, 18 December 2011

MUTIARA RENUNGAN UMMAH

  • Umat Islam mesti berilmu bukan hanya menungkat dagu.
  • Umat Islam mesti banyak membaca bukan melihat orang baca.
  • Umat Islam mesti berdakwah bukan hanya pandai menyalah.
  • Umat Islam mesti bermaruah bukan berbangga di bumi bertuah.
  • Umat Islam mesti menjaga waktu bukan membazir waktu.
  • Umat Islam mesti kaya jiwa bukan kaya harta.
  • Umat Islam mesti bekerja keras bukan pemalas.
  • Umat Islam mesti merenung bukan termenung.
  • Umat Islam mesti mengkaji bukan berangan tidak bererti.
  • Umat Islam mesti berhati-hati bukan membuta tuli.
  • Umat Islam mesti disegani bukan ditakuti.
  • Umat Islam mesti bersatu hati bukan hasad dan dengki.
  • Umat Islam mesti berpolitik bukan main-main politik.
  • Umat Islam mesti menang bukan kalah dalam perjuangan.
  • Umat Islam mesti mensyukuri bukan kufur nikmat.
Umat Islam hanya berpandukan Al-Quran, Hadis, Qias,
Itjima' dan Ijtihad, kelak kita selamat
dunia dan akhirat.

Thursday, 15 December 2011

Fakta menarik yang saya dapat dari mastika

  • Jika anda berkerja semata-mata hanya kerana wang, anda tidak akan menjadi kaya kerananya. Sebaliknya jika anda mencintai pekerjaan yang anda lakukan, kejayaan akan menjadi milik anda.
  • Kajian mendapati mereka yang tertawa sebanyak 1,000 kali sehari akan mendapat manfaat yang sama seperti bersenam selama10 minit. Ini kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan degupan jantung meningkat.Tapi ingat,jangan sampai terlebih ketawa pula.Silap haribulan,boleh mengundang maut

Monday, 12 December 2011

Majusi Dermawan, Keluarga dan Jirannya Memeluk Islam

Abu Hafs An-Naisaburi ingin berkongsi cerita tentang islamnya seorang lelaki dermawan Majusi yang   menyebabkan keluarga dan jiran terdekatnya juga memeluk agama islam.Pada suatu hari, Abu Hafs berkata kepada sahabat-sahabatnya,"Mari kita pergi bertemasya!"
           Sahabatnya semua bersetuju.Mereka mulakan perjalanan. Dalam perjalanan,mereka terjumpa sebatang pohon Kumisra yang buahnya sedang masak ranum.Abu Hafs memandang buah itu.
           Tiba-tiba,pemilik pohon itu keluar dan berkata,"Wahai pemimpin yang terbilang,sudikah kamu ziarah rumah pemimpin yang jahat ini?"
           Abu Hafs bersetuju menerina ajakan lelaki itu.Dia dan rakan-rakannya masuk ke rumah orang Majusi itu.Ketika semua sedang rehat-rehat,datang Majusi itu berserta uncang yang dipenuhi wang."Aku tahu kamu mahu ke temasya,oleh itu pasti kamu semua perlukan wang yang banyak.Jadi,aku yakin kamu pasti perlukan wang inibuat membeli makanan.pilih seorang daripada kamu ke pasar borong bagi membeli makanan",kata lelaki majusi itu.
            Abu Hafs bangkit menawarkan diri.Melihat keadaan itu,lelaki Majusi itu berkata,"Kamu tidak pergi ke pasar seorangan diri kecuali bersama dengan aku,wahai pemimpin unggul".
           Akhirnya lelaki majusi itu masuk islam.Seluruh ahli keluarganya juga memeluk islam.Jiran tetagga yang terdekat juga turut sama terkesan dengan agama islam yang benar.
       

dahsyatnya taubat nasuha

  • Mereka hanya insan biasa.Mereka sebelum ini pernah melakukan perbuatan keji dan mungkar.Mereka menyembah berhala,melakukan zina,membunuh,meminum arak,bongkak serta berani mencabar perintah allah.
  • Akhirnya muncul kesedaran dalam hati,terus mereka cepat-cepat sujud bertaubat menyesali perbuatan lalu.Air mata yang mengalir menjadi saksi keinsafan.Namun,penyesalan yang mengubah kesedaran jiwa dirasakan tidak berguna lagi,lantas hidayah Allah menjadi pengubat duka.
  • Ingin mengetahui bagaimana dahsyatnya taubat mereka? Ikuti kisah mereka yang mungkin berjaya menjentik hati kita supaya bertaubat dan menghindari daripada perbuatan terlarang.
  • Buku ini merupakan karya Ibnu Qudamah al-Maqdisy.Beliau adalah ulama dan cendekiawan islam yang terkemuka.Istimewanya,buku ini mengandungi keunikan kisah mereka yang 'kembali' kepada Allah,termasuk taubat para malaikat,nabi-nabi,raja-raja,sahabat nabi,ulama dan orang biasa.